Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
<span lang="EN-US" style="font-size:14.0pt;mso-bidi-font-size:11.0pt;line-height:107%;font-family:
"Arial",sans-serif;mso-ansi-language:EN-US">Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di NPRA
Sebagai sebuah agensi regulatori kebangsaan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan memainkan peranan yang penting bagi NPRA dalam usaha menjana maklumat dan menambah baik polisi berkaitan kawalan regulatori secara berterusan berpandukan data saintifik. Penerbitan penyelidikan membolehkan NPRA berkongsi maklumat dengan komuniti yang lebih luas, termasuk para penyelidik lain, industri, ahli profesional kesihatan dan orang awam. Penyebaran ilmu pengetahuan dapat membantu perkembangan dan memacu kemajuan dalam pelbagai domain.
Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) NPRA ditubuhkan untuk merancang, menyelaras dan memantau semua aktiviti R&D yang melibatkan NPRA. Jawatankuasa ini berusaha untuk memupuk persekitaran rasa ingin tahu, sekaligus menggalakkan budaya R&D dalam kalangan kakitangan NPRA. Di samping usaha untuk meningkatkan jumlah penerbitan dan pembentangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, NPRA juga sedang mengambil langkah untuk mempergiatkan kolaborasi penyelidikan dengan universiti dan organisasi – organisasi lain.
<span lang="EN-US" style="font-family:"Arial",sans-serif;mso-ansi-language:EN-US">Jawatankuasa R&D
NPRA (2024-2026)

Pengerusi: Dr. Noraisyah binti Mohd. Sani
Timbalan pengerusi: Dr. Rema Panickar a/p Sugunan @ Vasanthan
Setiausaha: Dr. Phuar Hsiao Ling
Ahli jawatankuasa:
- Dr. Evelyn Loh Yun Xi
- Dr. Tee Khim Boon
- Pn. Aiza Adlina Abdullah
- En. Cheong Ooi Jin
- En. Muhd. Hilmi bin Mohtar
- En. Lim Wen Jun
- Pn. Suhasinee Subramaniam
- Pn. Meera Kumari a/p Ram Navas
- Dr. Nur Dayana Nisbar
<span lang="EN-US" style="font-family:"Arial",sans-serif;mso-ansi-language:EN-US">Maklumat lanjut:
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan aktiviti penyelidikan di NPRA atau cadangan kolaborasi, sila hubungi kami melalui e-mel di jkrnd@npra.gov.my